SENANGNYA NAK MEMILIKI RUMAH PR1MA

Permohonan rumah Pr1ma hanya memerlukan beberapa langkah sahaja. Dalam artikel ini akan menerangkan proses untuk anda membuat penempahan unit dengan cepat dan selamat. Dengan membaca artikel ini, anda satu langkah lebih dekat untuk memiliki rumah PR1MA Idaman anda! jom kita sambung…  

APA SEBENARNYA RUMAH PR1MA NI?

Projek Perumahan PR1MA adalah inisiatif kerajaan untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan pertengahan. Projek ini adalah dibawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012.  

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.

SYARAT UTAMA UNTUK ANDA MEMOHON

Tak semua yang boleh membeli rumah Pr1ma tau, kalau anda menepati syarat syarat yang dinyatakan di bawah, anda sangat beruntung dan rugi kalau anda tidak mengambil peluang ini dan memohon. Harga rumah Pr1ma ni sangat mampu milik dan berkualiti pada masa yang sama. 

1. Warganegara Malaysia
2. Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan keatas
3. Pendapatan individu atau suami+isteri diantara 2,500 hingga 15,000 sahaja.
4. Untuk pembelian rumah yang pertama atau kedua sahaja
5. Rumah Pr1ma tidak boleh dijual kembali dalam tempoh 5 tahun

JOM DAFTAR SEKARANG!

Setelah anda menepati syarat utama untuk memohon rumah PR1MA, langkah seterusnya adalah dengan memuat turun applikasi PR1MA bagi mendaftar butiran anda kedalam sistem. Anda bolehlah meluangkan 10 minit masa anda untuk mengisi borang digital ini dan pada akhir proses pendaftaran, anda akan mendapat “Nombor Rujukan Pr1ma”.

Contoh nombor rujukan Pr1ma;
P1234-1234567

Nombor Rujukan Pr1ma ini sangat penting untuk anda kerana, nombor rujukan inilah Team Rakan Jualan kami akan gunakan untuk mengunci unit yang anda berminat di dalam sistem tempahan digital kami. Nombor Rujukan Pr1ma ini juga berlainan antara pemohon pemohon yang lain. 

Muat Turun Applikasi Pr1ma & Daftar Sekarang;
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pr1ma.hubs.mobile&hl=en&gl=US

MURAHNYA PEMBAYARAN BOOKING!

Setelah anda berjaya memperolehi Nombor Rujukan Pr1ma, anda perlu membuat bayaran RM 500 berbentuk Cheque ataupun Bank Draft. Anda perlu pastikan butiran pembayaran booking ini betul ejaanya kerana sekiranya ia salah, ia akan melambatkan lagi proses pemilikan rumah PR1MA anda. Nanti terlepas promosi promosi PR1MA yang sangat best!

Pastikan ia ditulis begini:
PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
(Ejaan PR1MA itu ditulis dengan nombor 1)

 

PROSES BOOKING UNIT RUMAH PR1MA

Proses seterusnya dalam permohonan rumah Pr1ma, anda perlulah membuat pemilihan Projek PR1MA. Pastikan anda memilih dengan betul kerana para pemohon hanya boleh membeli 1 unit sahaja. Setelah anda tahu projek mana yang anda berminat, proses pemilihan unit akan berlangsung. 

Sistem pemilihan unit kami hanya boleh di akses oleh Ejen Rasmi Pr1ma sahaja. Team Rakan Jualan PR1MA kami akan bantu anda untuk membuat pilihan unit dan apabila ingin membuat tempahan/booking unit tersebut, Team Rakan Jualan PR1MA kami akan meminta 2 item daripada anda bertujuan untuk mengunci unit yang anda berminat itu kedalam sistem. 2 item ini adalah:

1. Gambar IC depan dan belakang 
2. Gambar Pembayaran Booking Fee RM 500 sahaja  

Proses tempahan/booking unit ini hanya akan sah dengan pembayaran duit booking sebanyak RM 500 kepada Perbadanan PR1MA Malaysia.

PERMOHONAN ANDA BERJAYA!

Tahniah! anda sudah berada di proses akhir bagi tempahan/booking unit rumah PR1MA.  Di dalam proses ini, kami ingin mengutamakan dalam pengeluaran “Offer To Purchase (OTP)” iaitu surat tawaran rasmi PR1MA dan juga bukti anda sudahpun mengunci unit anda di Projek PR1MA yang anda pilih.  

OTP ini penting untuk anda memohon pembiayaan perumahan dan juga menandatangani Kontrak Jual & Beli. Proses ini, Team Rakan Jualan PR1MA kami akan bantu anda sehingga transaksi perumahan selesai.

Pastikan butiran di surat tawaran adalah betul dan sekiranya mempunyai sebarang kesilapan, sila rujuk semula Team Rakan Jualan PR1MA yang berurusan dengan anda bagi pembetulan. 

Klik di link yang disediakan untuk bercakap dengan Team Rakan Jualan PR1MA kami sekarang:
http://wa.link/6lu424

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *